BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 21, 2013

Lawatan ke Siem Reap, Cambodia

Siem Reap, Cambodia Slideshow: Farizah’s trip to Siem Reap was created with TripAdvisor TripWow!
Kalau ikutkan selera, memanglah Siem Reap tidak ada dalam senarai tempat yang ingin saya lawati tetapi saya terpaksa mengalah dengan minat suami dan anak yang mendalam terhadap subjek sejarah. Angkor Wat tentunya menjadi tumpuan semua pelancong seluruh dunia (nak cerita panjang tak tau...maklumlah, sayani buta sejarah!). Walau apa pun, saya tetap enjoy dengan lawatan ini sebab impian saya memegang ulat sutera tercapai di sini! Sebelum bertolak, saya dah menempah hotel melalui agoda dan request untuk seorang guide yang boleh berbahasa inggeris. Setibanya di airport, guide tersebut sudahpun menunggu kami dengan sebuah kenderaan "tuk tuk". Guide ni ok lah, bolehlah bertutur sikit2, janji mesej nya sampai. Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa lebih kurang 20 minit tapi keadaan jalan yang tidak licin menaiki 'tuk tuk' (yang pastinya tiada aircond) terasa agak jauh. Setelah check in di hotel dan berpuas hati dengan keadaan bilik, kami berjalan kaki ke pusat bandar (lebih kurang 5 minit sahaja). Petang itu kami pergi ke Angkor Wat untuk menikmati pemandangan matahari berlabuh. Pada sebelah malamnya kami pergi ke Angkor Night Market. Pada hari kedua, kami pergi ke ladang ternakan ulat sutera menaiki van (kena buat arrangement dengan Artisan Silk terlebih dahulu). Perjalanan agak jauh, naik van pun ambil masa lebih 30 minit tapi memang berbaloi. Di sepanjang perjalanan, berpuluh2 hotel bertaraf 5 bintang yang saya nampak. Cambodia sekarang bukanlah seperti yang saya bayangkan...ia kini telah membangun, terutama bidang pelancongan. Di Artisan Silk Farm, kami dibawa oleh seorang staff melihat bagaimana proses pembuatan sutera dilakukan, bermula dengan ternakan ulat sutera, menjadi benang dan akhirnya menjadi kain. Bukan setakat melihat, tapi kami juga dibenarkan memegang dan memberi ulat2 makan daun malberi. Akhirnya, tercapai juga hasrat yang saya dah pendam sejak di bangku sekolah rendah lagi...memegang dan memberi ulat sutera makan! Pada hari ketiga, pagi2 lagi kami dah bersedia untuk ke Angkor Wat, kali ini untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Lenguh juga kaki melawat ke seluruh kawasan!