BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 6, 2013

Perth & Fremantle 2010

Pada Mac 2010, kami sekeluarga bersama 2 orang rakan telah melawat bandar Perth dan Fremantle di Australia. Seperti biasa, saya telah membuat research di internet terlebih dahulu...Trip Advisor adalah sumber maklumat utama saya. Dari sini saya mendapatkan maklumat cuaca, aktiviti, tempat-tempat menarik serta tempat penginapan. Sebulan sebelum penerbangan, kami telah pun mendapatkan visa secara online...bayarannya hanya rm20 (kalau tak silap). Criterion Hotel menjadi pilihan kami kerana lokasi nya yang strategik, di tengah bandar dan berhampiran beberapa restoran yang menjual makanan halal. Daripada research juga saya mendapat tahu bahawa undang-undang imigresen Australia amat ketat - pelancong tidak dibenarkan membawa sebarang makanan berunsur tenusu, oleh itu bekalan makanan yang kami bawa amat terhad dan senarai ingredients mesti dipamerkan pada bungkusan.
     Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa lebih kurang 6 jam. Setiba di airport, kami dibawa oleh travel agent (yang telah dihubungi dari Malaysia) ke Criterion Hotel. Oleh kerana kami tiba awal pagi, kami tidak dibenarkan check-in...jadi kami tumpang letak barang di receptionist dan pergi meninjau -kawasan sekitar hotel. Di sebelah hotel ini ada restoren Oleh-oleh yang menjual makanan melayu seperti nasi dan sate. Selang beberapa pintu kedai ada restoran Arab...kebab dan fish n chip nya sedap! Di sini setiap set menu berharga 10AUD...hemm, bersamaan RM30!
     Hari pertama kami menaiki bas ke Bell Tower, iaitu mercu tanda bandar Perth. Setelah bergambar di sana, kami naik bas lagi ke jetty. Setelah menaiki feri sambil menikmati pemandangan, kami berjalan kaki menuju ke zoo. Setelah penat meronda, kami pun balik semula ke hotel dan check-in. Malam kami berehat di hotel kerana semua kedai dah tutup jam 5. Pada hujung minggu sahaja kedai dibuka sehingga lewat petang.
     Hari kedua adalah eksplorasi kami ke Caversham Wildlife Park. Setelah bersarapan di hotel, kami menaiki bas menuju ke destinasi. Bas ni berhenti di tepi jalan utama dan kami sepatutnya menaiki kenderaan khas untuk ke taman...kami pun tunggu namun tak satu kenderaan pun yang muncul, yang ada cuma kenderaan persendirian. Untuk menjimatkan masa kami pun berjalan kaki sejauh lebih kurang 2 km. Tiba di destinasi kami dah keletihan tapi perasaan itu hilang bila melihat telatah binatang-binatang yang jinak dan comel di sini. Taman ini adalah hak milik persendirian, pemiliknya sangat peramah. Di sini kami boleh memberi makan kangaroo dan menyentuh binatang lain seperti koala bear, kambing biri2 dll. Selain itu, kami berpeluang menyaksikan persembahan bagaimana mereka 'mencukur' bulu biri2 sebelum dijadikan carpet dan winter coat. Memang seronok berada di sini, tak sedar hari dah petang...terpaksa pulang semula ke hotel.


Trip to Perth Slideshow: Farizah’s trip to Perth was created with TripAdvisor TripWow!

0 comments: