BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 21, 2013

Lawatan ke Siem Reap, Cambodia

Siem Reap, Cambodia Slideshow: Farizah’s trip to Siem Reap was created with TripAdvisor TripWow!
Kalau ikutkan selera, memanglah Siem Reap tidak ada dalam senarai tempat yang ingin saya lawati tetapi saya terpaksa mengalah dengan minat suami dan anak yang mendalam terhadap subjek sejarah. Angkor Wat tentunya menjadi tumpuan semua pelancong seluruh dunia (nak cerita panjang tak tau...maklumlah, sayani buta sejarah!). Walau apa pun, saya tetap enjoy dengan lawatan ini sebab impian saya memegang ulat sutera tercapai di sini! Sebelum bertolak, saya dah menempah hotel melalui agoda dan request untuk seorang guide yang boleh berbahasa inggeris. Setibanya di airport, guide tersebut sudahpun menunggu kami dengan sebuah kenderaan "tuk tuk". Guide ni ok lah, bolehlah bertutur sikit2, janji mesej nya sampai. Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa lebih kurang 20 minit tapi keadaan jalan yang tidak licin menaiki 'tuk tuk' (yang pastinya tiada aircond) terasa agak jauh. Setelah check in di hotel dan berpuas hati dengan keadaan bilik, kami berjalan kaki ke pusat bandar (lebih kurang 5 minit sahaja). Petang itu kami pergi ke Angkor Wat untuk menikmati pemandangan matahari berlabuh. Pada sebelah malamnya kami pergi ke Angkor Night Market. Pada hari kedua, kami pergi ke ladang ternakan ulat sutera menaiki van (kena buat arrangement dengan Artisan Silk terlebih dahulu). Perjalanan agak jauh, naik van pun ambil masa lebih 30 minit tapi memang berbaloi. Di sepanjang perjalanan, berpuluh2 hotel bertaraf 5 bintang yang saya nampak. Cambodia sekarang bukanlah seperti yang saya bayangkan...ia kini telah membangun, terutama bidang pelancongan. Di Artisan Silk Farm, kami dibawa oleh seorang staff melihat bagaimana proses pembuatan sutera dilakukan, bermula dengan ternakan ulat sutera, menjadi benang dan akhirnya menjadi kain. Bukan setakat melihat, tapi kami juga dibenarkan memegang dan memberi ulat2 makan daun malberi. Akhirnya, tercapai juga hasrat yang saya dah pendam sejak di bangku sekolah rendah lagi...memegang dan memberi ulat sutera makan! Pada hari ketiga, pagi2 lagi kami dah bersedia untuk ke Angkor Wat, kali ini untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Lenguh juga kaki melawat ke seluruh kawasan!

Friday, February 15, 2013

Vietnam

Pada Mei 2009 kami sekeluarga bersama tiga orang rakan melancong ke bandar Saigon @ Ho Chi Minh City, Vietnam. Setibanya di lapangan terbang, kami disambut oleh ahli keluarga salah seorang rakan kami yang bermastautin di sana. Setelah check-in di Hai Nam Hotel, kami ke Parkson untuk makan tengahari. Terdapat banyak gerai makanan di Food Court, tetapi hanya ada 1 sahaja gerai yang menjual makanan halal, iaitu D'Anjung.Selepas makan, kami berjalan kaki menikmati pemandangan sekitar bandar. Keesokan harinya kami melawat Cu Chi Tunnel, iaitu terowong yang digunakan semasa Perang Vietnam dahulu. Di sini kami bukan sahaja boleh melihat, malah boleh berjalan melalui terowong tersebut bagi merasai sendiri keperitan askar-askar yang terlibat. Selain itu, kami juga melihat berbagai jenis perangkap yang telah digunakan. Setelah penat berjalan, kami dihidangkan dengan makanan yang dinikmati oleh askar, iaitu ubi kayu rebus dan teh 'o'. Hari ke 3 dihabiskan di Cho Ben Than, iaitu pasar yang menjual berbagai jenis barang, daripada cenderamata, kasut, kain, makanan dll. Untuk mereka yang ingin membeli kain sutera, saya nasihatkan berhati2 kerana kebanyakan kain berbidang 36 inci... jadi kena beli 4.5 meter jika nak buat baju kurung. Secara kesimpulan, HCMC adalah bandar untuk shopping ...

Vietnam 2009 Slideshow: Farizah’s trip to Ho Chi Minh City was created with TripAdvisor TripWow!

Thursday, February 14, 2013

Sehari di Fremantle

Setelah dua hari di Perth, kami meneroka bandar Fremantle pula...Dari hotel, kami berjalan kaki ke stesen keretapi. Setelah bertanya kepada orangramai, akhirnya kami berjaya membeli tiket dari mesin tiket kerana di sini tiada kaunter. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Setibanya di sana, kami terus menuju e-Shed Market yang terkenal. Fremantle adalah bandar pelabuhan, jadi banyaklah hasil laut yang dijual di sini. Selain itu, kami memborong cenderamata yang jauh lebih murah berbanding di Perth. Makan tengahari dah tentu lah fish n chip! Ikannya memang sedap dan segar... rugi kalau lepaskan peluangni! Selepas makan kami shopping lagi di Fremantle Market pula. Di sana kami terjumpa satu keluarga Melayu yang menetap di sana. Penat shopping kami menikmati pemandangan di seluruh bandar menaiki sightseeing bus yang sudah tentunya percuma!

A Day in Fremantle, Australia Slideshow: Farizah’s trip to Fremantle was created with TripAdvisor TripWow!

Wednesday, February 6, 2013

Perth & Fremantle 2010

Pada Mac 2010, kami sekeluarga bersama 2 orang rakan telah melawat bandar Perth dan Fremantle di Australia. Seperti biasa, saya telah membuat research di internet terlebih dahulu...Trip Advisor adalah sumber maklumat utama saya. Dari sini saya mendapatkan maklumat cuaca, aktiviti, tempat-tempat menarik serta tempat penginapan. Sebulan sebelum penerbangan, kami telah pun mendapatkan visa secara online...bayarannya hanya rm20 (kalau tak silap). Criterion Hotel menjadi pilihan kami kerana lokasi nya yang strategik, di tengah bandar dan berhampiran beberapa restoran yang menjual makanan halal. Daripada research juga saya mendapat tahu bahawa undang-undang imigresen Australia amat ketat - pelancong tidak dibenarkan membawa sebarang makanan berunsur tenusu, oleh itu bekalan makanan yang kami bawa amat terhad dan senarai ingredients mesti dipamerkan pada bungkusan.
     Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa lebih kurang 6 jam. Setiba di airport, kami dibawa oleh travel agent (yang telah dihubungi dari Malaysia) ke Criterion Hotel. Oleh kerana kami tiba awal pagi, kami tidak dibenarkan check-in...jadi kami tumpang letak barang di receptionist dan pergi meninjau -kawasan sekitar hotel. Di sebelah hotel ini ada restoren Oleh-oleh yang menjual makanan melayu seperti nasi dan sate. Selang beberapa pintu kedai ada restoran Arab...kebab dan fish n chip nya sedap! Di sini setiap set menu berharga 10AUD...hemm, bersamaan RM30!
     Hari pertama kami menaiki bas ke Bell Tower, iaitu mercu tanda bandar Perth. Setelah bergambar di sana, kami naik bas lagi ke jetty. Setelah menaiki feri sambil menikmati pemandangan, kami berjalan kaki menuju ke zoo. Setelah penat meronda, kami pun balik semula ke hotel dan check-in. Malam kami berehat di hotel kerana semua kedai dah tutup jam 5. Pada hujung minggu sahaja kedai dibuka sehingga lewat petang.
     Hari kedua adalah eksplorasi kami ke Caversham Wildlife Park. Setelah bersarapan di hotel, kami menaiki bas menuju ke destinasi. Bas ni berhenti di tepi jalan utama dan kami sepatutnya menaiki kenderaan khas untuk ke taman...kami pun tunggu namun tak satu kenderaan pun yang muncul, yang ada cuma kenderaan persendirian. Untuk menjimatkan masa kami pun berjalan kaki sejauh lebih kurang 2 km. Tiba di destinasi kami dah keletihan tapi perasaan itu hilang bila melihat telatah binatang-binatang yang jinak dan comel di sini. Taman ini adalah hak milik persendirian, pemiliknya sangat peramah. Di sini kami boleh memberi makan kangaroo dan menyentuh binatang lain seperti koala bear, kambing biri2 dll. Selain itu, kami berpeluang menyaksikan persembahan bagaimana mereka 'mencukur' bulu biri2 sebelum dijadikan carpet dan winter coat. Memang seronok berada di sini, tak sedar hari dah petang...terpaksa pulang semula ke hotel.


Trip to Perth Slideshow: Farizah’s trip to Perth was created with TripAdvisor TripWow!

Tuesday, February 5, 2013

Guangzhou Day 1

Kali ini kami sekeluarga berpeluang melawat Guangzhou, China. Seperti biasa, sayalah yang sibuk membuat research untuk mendapatkan maklumat tentang cuaca, makanan, tempat menarik dan macam-macam lagi. Selain itu saya juga mendapatkan pertolongan dari anak-anak murid berbangsa cina, terutama dalam menterjemahkan tulisan rumi ke tulisan cina...maklumlah, tidak ramai rakyat di sana yang boleh berbahasa inggeris. Kadang-kadang kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat atau menunjukkan tulisan sahaja. Ada kalanya saya hanya menunjukkan gambar seperti stesen keretapi kepada pemandu teksi, dan ini benar-benar membantu! Jadi kepada sesiapa yang hendak ke negara China tetapi tidak fasih berbahasa cina, saya nasihatkan untuk mencetak gambar atau tulisan cina yang secukupnya. Saya juga bernasib baik kerana pekerja hotel yang kami menginap boleh berbahasa inggeris...dia juga tolong menterjemah tulisan untuk kami. Suiyun Hotel bertaraf 2 bintang, terletak berhampiran Guangzhou Zoo bus station. Tambang bas sangat murah, iaitu 2 yuan sahaja tetapi pastikan kita menaiki bas yang betul! Hari pertama di Guangzhou kami habiskan dengan melawat Yuexiu Park. Kalini kami naik bas, boleh jimat belanja. Kami tiba awal pagi namun telah ramai pengunjung bersama keluarga mereka melakukan aktiviti riadah...patutlah tak ramai orang cina yang gemuk / obese, rupanya mereka rajin bersenam! Taman ini memang luas, namun kami tetap kami jelajahi untuk sampai ke mercu tanda bandar ini, iaitu Five Rams. Ia adalah tugu 5 ekor kambing. Selain itu, kami juga sempat melawat muzium Guangzhou. Dari Yuexiu park kami ke Huaisheng Mosque, masjid tertua di sini. Berhampiran masjid ini terdapat supermarket yang menjual makanan halal, malah mee segera keluaran Malaysia juga ada dijual di sini! Waktu petang dan malam kami habiskan dengan membeli-belah di sepanjang Beijing Road. Terlalu banyak kedai membuatkan kami rambang mata!

Guangzhou Day 1 Slideshow: Farizah’s trip to Guangzhou was created with TripAdvisor TripWow!

Wednesday, January 30, 2013

I'm Back in Action!!!

Assalamualaikum / Salam sejahtera...
Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger, akhirnya saya kembali beraksi, berkongsi maklumat dan pengalaman terutama pengalaman melancong. Diharap tulisan saya ini memberi manfaat kepada pembaca semua.

Saturday, January 30, 2010

Memories

These are some of my sweet memories....