Kali ini kami sekeluarga berpeluang melawat Guangzhou, China. Seperti biasa, sayalah yang sibuk membuat research untuk mendapatkan maklumat tentang cuaca, makanan, tempat menarik dan macam-macam lagi. Selain itu saya juga mendapatkan pertolongan dari anak-anak murid berbangsa cina, terutama dalam menterjemahkan tulisan rumi ke tulisan cina...maklumlah, tidak ramai rakyat di sana yang boleh berbahasa inggeris. Kadang-kadang kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat atau menunjukkan tulisan sahaja. Ada kalanya saya hanya menunjukkan gambar seperti stesen keretapi kepada pemandu teksi, dan ini benar-benar membantu! Jadi kepada sesiapa yang hendak ke negara China tetapi tidak fasih berbahasa cina, saya nasihatkan untuk mencetak gambar atau tulisan cina yang secukupnya. Saya juga bernasib baik kerana pekerja hotel yang kami menginap boleh berbahasa inggeris...dia juga tolong menterjemah tulisan untuk kami. Suiyun Hotel bertaraf 2 bintang, terletak berhampiran Guangzhou Zoo bus station. Tambang bas sangat murah, iaitu 2 yuan sahaja tetapi pastikan kita menaiki bas yang betul! Hari pertama di Guangzhou kami habiskan dengan melawat Yuexiu Park. Kalini kami naik bas, boleh jimat belanja. Kami tiba awal pagi namun telah ramai pengunjung bersama keluarga mereka melakukan aktiviti riadah...patutlah tak ramai orang cina yang gemuk / obese, rupanya mereka rajin bersenam! Taman ini memang luas, namun kami tetap kami jelajahi untuk sampai ke mercu tanda bandar ini, iaitu Five Rams. Ia adalah tugu 5 ekor kambing. Selain itu, kami juga sempat melawat muzium Guangzhou. Dari Yuexiu park kami ke Huaisheng Mosque, masjid tertua di sini. Berhampiran masjid ini terdapat supermarket yang menjual makanan halal, malah mee segera keluaran Malaysia juga ada dijual di sini! Waktu petang dan malam kami habiskan dengan membeli-belah di sepanjang Beijing Road. Terlalu banyak kedai membuatkan kami rambang mata!
Tuesday, February 5, 2013
Guangzhou Day 1
Guangzhou Day 1 Slideshow: Farizah’s trip to Guangzhou was created with TripAdvisor TripWow!
Posted by Teacher Farizah at 10:29 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment